Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 5 tahun hilang disambar buaya ketika bermain di pantai

today19 April 2026

Background


buaya
Pemangku Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Mohd Hamka Mustamin berkata mangsa dilaporkan disambar buaya ketika bermain di tepi pantai sebelum diseret ke dalam laut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya ketika bermain di tepi pantai di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak berkenaan dilaporkan bermain di tepi pantai dekat Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana kira-kira 10 pagi tadi sebelum tiba-tiba disambar haiwan berkenaan.

Pemangku Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Mohd Hamka Mustamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.27 pagi melalui talian MERS999.

Katanya, mangsa yang identiti penuh belum diperolehi dilaporkan disambar buaya ketika bermain di tepi pantai sebelum diseret ke dalam laut.

“Sepasukan anggota dari BBP Lahad Datu telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post