
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya ketika bermain di tepi pantai di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.
Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak berkenaan dilaporkan bermain di tepi pantai dekat Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana kira-kira 10 pagi tadi sebelum tiba-tiba disambar haiwan berkenaan.
Pemangku Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Mohd Hamka Mustamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.27 pagi melalui talian MERS999.
Katanya, mangsa yang identiti penuh belum diperolehi dilaporkan disambar buaya ketika bermain di tepi pantai sebelum diseret ke dalam laut.
“Sepasukan anggota dari BBP Lahad Datu telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat,”…