Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 5 tahun maut jatuh tingkat 21 kondominium

today22 March 2024

Background


Ketua Polis Serdang AA Anbalagan berkata pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai, Serdang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Serdang AA Anbalagan berkata mangsa yang juga warga Yaman itu dipercayai jatuh dari tingkat 21 ke dalam kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium terbabit, lapor Bernama.