Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 7 tahun lemas dalam kolam renang

today11 February 2025

Background


drowning lemas
Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata mangsa dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebelum disahkan meninggal dunia. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah apartmen di Puchong pada Ahad.

Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata, kanak-kanak itu bersama keluarganya yang berasal dari Kuantan, Pahang datang bercuti di rumah saudara mereka di apartmen berkenaan.

Katanya, pada kira-kira 11.30 pagi, kanak-kanak itu bersama ahli keluarga yang lain ke kolam renang untuk mandi.

“Tanpa pengetahuan ahli keluarga, mangsa masuk ke kolam dewasa dan lemas di kolam berkenaan,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.

Norhizam berkata kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, polis menerima laporan daripada hospital mengenai kematian mangsa pada 2.40 petang.

“Bedah siasat yang dijalankan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post