Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 8 tahun dipercayai mangsa dera diselamat bomba

today16 September 2022

Background



Bomba berkata kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang diselamatkan itu dipercayai didera. (Gambar Bomba)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

β€œKejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.

β€œKanak-kanak itu telah diselamatkan dan dipercayai didera. Kes telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post