Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 8 tahun mati lemas di taman tema

today21 December 2022

Background



Polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes disiasat sebagai kematian mengejut. (Gambar Freepik)

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia dipercayai akibat lemas, selepas didapati tidak sedarkan diri ketika beriadah di taman tema air di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Arshad Abu berkata, Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin ke taman tema itu bersama ibunya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Bahagian Kecemasan Hospital Alor Gajah mengenai insiden itu kira-kira 3.15 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di pinggir kolam berdekatan pulau buatan dengan kedalaman lebih kurang 1m di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, petugas taman tema memberikan bantuan kecemasan dan membawa mangsa ke hospital.

Katanya, laporan bedah siasat menyatakan punca kematian kanak-kanak itu sebagai “consistent with drowning”, iaitu dipercayai akibat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post