
KUALA LUMPUR: Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
“Lelaki itu menanyakan nama dan alamat rumah mangsa sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri ke kawasan sekolah berdekatan.
“Mangsa telah memberitahu kejadian tersebut kepada pengadu iaitu seorang perempuan tempatan dan semalam, pengadu telah terima satu video dan gambar daripada ibu kenalan mangsa yang menunjukkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kejadian,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau…