Hari ini, ramai kanak-kanak yang menghabiskan masa dengan gajet dan tidak bergaul sesama mereka seperti dahulu kala.
Jika dahulu, kanak-kanak memilih untuk bermain basikal, permainan tradisional dan sebagainya untuk berkumpul rakan sebaya, namun tidak lagi kini.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menghabiskan waktu mereka dengan aktiviti selain daripada memegang gajet.
boleh buat okestra member2 adik aku ni pic.twitter.com/Wc4Fh3VhyW
— iqmal (@kim_fragger) July 20, 2019
Video berdurasi lebih 30 minit tu telah dikongsi menerusi seorang pengguna Twitter.
Jelas kelihatan kanak-kanak sedang menyanyikan lagu Kumpulan BlackPink berjudul Kill This Love yang menjadi siulan orang ramai ketika ini.
Menariknya, mereka turut menggunakan kon sebagai props!
Gelagat kanak-kanak yang mencuit hati itu telah membuatkan netizen terhibur, selain rindu zaman kanak-kanak mereka.
