Menerusi video daripada @schakynamd_, kelihatan dia berkongsi gelagat seorang budak lelaki semasa memasuki sebuah premis.
Budak lelaki itu dilihat mengeluarkan telefon bimbitnya, kononnya kerana mahu mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis tersebut.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dengan selamba menggunakan kamera telefonnya dan bukanlah kamera daripada MySejahtera. Dia juga siap mengambil gambar dan masuk bersama rakannya itu.