Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita terperangkap dalam lif di sebuah apartmen rumahnya.
Mujurnya anak buah wanita itu telah keluar daripada lif terdahulu dan selamat di luar koridor. Namun, dia masih tersangkut dalam lif dan tidak dapat keluar daripada situ. Difahamkan, dia juga telah menekan loceng kecemasan berkali-kali tapi tiada yang datang memberi bantuan.
Dapat dilihat juga wanita itu menggunakan bekal untuk mengelakkan pintu lif daripada tertutup sepenuhnya. Budak lelaki tersebut telah panik dan ingin menangis, tetapi dia pandai mengawal perasaan setelah mendengar nasihat mak longnya.
Wanita berkenaan kesian melihat anak buahnya cemas meminta bantuan dari rumah ke rumah. Tidak lama kemudian, pasukan bomba datang dan menyelamatkan dia.