Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang merupakan abang saudara kepada budak perempuan itu sedang berbual sambil merakam gelagat anak buahnya itu.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila budak perempuan itu tidak boleh terima apabila abangnya mengusik dia telah berumur 5 tahun. Dia sedaya upaya untuk meyakinkan abangnya bahawa dia masih berumur 4 tahun.
Budak perempuan yang bernama Jajah itu juga berkata dia tidak mahu ke sekolah. Pada akhir video, dia tidak puas hati dan marah sambil suruh abangnya sikatkan rambutnya gara-gara abangnya asyik mengusik tentang umur.
“Lepas ni Jajah kena bangun awal, kemas beg sekolah, pakai spender”, kata abangnya.
“Tak payah, pakai pampers je”, kata Jajah.
“Jangan jadi macam abang berak dalam seluar”, kata abangnya.