Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak ‘sidai’ luar kereta, pemandu Alza ditahan

today29 December 2021

Background



Video kejadian itu tular di media sosial.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan susulan video yang tular di media sosial memaparkan tiga penumpang kanak-kanak menjulurkan badan luar tingkap sebuah kereta Perodua Alza di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata pemandu wanita berusia 34 tahun itu membawa tiga kanak-kanak terbabit dengan mengeluarkan separuh badan mereka di bahagian penumpang hadapan dan belakang dalam keadaan kenderaan itu sedang bergerak.

Beliau berkata tingkah laku mereka itu amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan serta membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.

Laporan Bernama memetik Mohd Zaid berkata, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain. Jika disabitkan dia boleh dihukum penjara selama tempoh tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Arteta positif Covid-19 kali kedua

London: Pengurus Arsenal Mikel Arteta dijangkiti Covid-19 buat kali kedua dan akan terlepas aksi getir Liga Perdana menentang pendahulu Manchester City Sabtu ini, menurut kelab terbabit.

today29 December 2021