
PUTRAJAYA: Wanita PKR menyifatkan budaya membuli wanita merupakan antara faktor golongan itu menjauhkan diri daripada terlibat dalam arena politik.
Ketika berucap dalam Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2023, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR Sandrea Ng, berkata ketika ini masih berlaku ketidakseimbangan dan ketidakadilan dalam pelbagai aspek termasuk tempat kerja, pendidikan, dan dalam kalangan masyarakat kesan tahap sensitiviti gender rendah.
Ng berkata, malah ketidakseimbangan turut berlaku di institusi legislatif iaitu di Dewan Rakyat yang sungguh mengecewakan golongan wanita kerana masih terdapat beberapa ahli politik berfikiran “zaman purba”.
Beliau yang juga exco perumahan dan kerajaan tempatan Perak, berkata dalam sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini sahaja, sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen…