
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Madani mengumumkan tiga penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI Diesel bagi memudahkan peralihan menjelang akses awal program itu di Semenanjung Malaysia mulai esok
Kementerian Kewangan memaklumkan, penambahbaikan itu dipersetujui selepas kerajaan mengadakan beberapa sesi libat urus bersama rakyat, peniaga kecil, pemegang taruh dan agensi pelaksana susulan pengumuman pelaksanaan BUDI Diesel pada 22 Jun lepas.
Antara penambahbaikan utama termasuk pelaksanaan Program Insentif Pengecualian Sementara Fi Tukar Hak Milik (THM) Kenderaan Diesel selama tiga bulan bermula 1 Julai, kelayakan subsidi boleh dipindahkan kepada pengguna sebenar kenderaan serta peluasan BUDI Diesel kepada pikap dan jip…