
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kuota bulanan 300 liter bagi program subsidi bahan api Budi Madani RON 95 (BUDI95) akan dikurangkan kepada 200 liter sebulan pada kadar subsidi RM1.99 seliter.
Menurut beliau 90% pengguna petrol RON 95 tidak akan terkesan dengan pengurangan kuota tersebut.
Pada masa sama Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa pemandu e-hailing yang layak akan terus menikmati had penggunaan 800 liter sebulan.
Sumber:
