Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Bujang Jakar’ masuk pekan, ‘singgah’ kedai

today26 December 2021

Background



Penduduk memberi gelaran ‘Bujang Jakar’ kepada buaya gergasi itu yang kerap dilihat dalam sungai berhampiran pekan berkenaan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penduduk di pekan Jakar, Sarikei, Sarawak gempar dengan kehadiran seekor buaya gergasi yang digelar “Bujang Jakar” di sekitar kawasan kedai, pagi tadi.

Kelibat reptilia sepanjang lima meter itu pada biasanya dilihat berada dalam sungai namun kali ini, naik ke darat menyebabkan orang ramai ketakutan lalu menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Pegawai APM Daerah Sarikei, Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan seekor buaya tersesat ke kawasan pekan itu, jam 9.51 pagi.

Katanya, sepasukan anggota APM dengan bantuan bomba kemudian bergegas ke lokasi dan mendapat reptilia itu berada berhampiran kedai.

“Pasukan bertindak menghalau reptilia terbabit masuk semula ke sungai berhampiran menggunakan kayu dan semburan air.

“Tiada sebarang insiden tidak diingini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Puas julang nama Malaysia

Seremban: Pemain skuasy remaja Negeri Sembilan, Harleein Tan, berjaya menjulang nama Malaysia apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka US Junior Kategori Bawah 13 Tahun 2021 di Pusat Skuasy Philadelphia, 22 Disember lalu.

today26 December 2021