Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buka kaunter bergerak untuk kempen, jentera PH ditegur SPR

today28 August 2023

Background


Petugas SPR yang bertanggungjawab memantau perjalanan kempen di kawasan berkenaan kemudian meminta jentera PH menutup kaunter bergerak itu.

PETALING JAYA: Jentera Pakatan Harapan (PH) ditegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membuka kaunter bergerak untuk berkempen bagi PRK Parlimen Pulai di tapak pasar malam Taman Sutera, Johor Bahru, petang tadi.

Petugas SPR yang bertanggungjawab memantau perjalanan kempen di kawasan berkenaan kemudian meminta jentera PH menutup kaunter bergerak itu.

“Jika mengikut permit dikeluarkan polis, jentera PH hanya dibenarkan berkempen di sini bermula 7.30 malam.

“Ketika waktu ini (5.30 petang tadi) adalah waktu jentera Perikatan Nasional (PN).

“Perbezaan waktu yang diberikan itu bertujuan untuk memastikan tiada sebarang perselisihan dan pertembungan berlaku antara jentera kedua-dua pihak, PH dan juga PN,” katanya menurut Harian Metro.

Sehubungan itu, bekas Adun Perling, Cheo Yee How, meminta jentera PH menutup sementara kaunter berkenaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post