Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buka kaunter Padu di lokasi tumpuan awam, bukan di PEDi semata

today4 January 2024

Background


Kerajaan diminta terus membuat promosi bagi menyakinkan orang ramai kepentingan pendaftaran Padu.

KUALA LUMPUR: Masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di beberapa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara bagi melancarkan lagi proses pendaftaran dan pengisian maklumat Pangkalan Data Utama (Padu).

Pengarah Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan, Siti Zakiah Muhamad Isa, berkata antaranya mewujudkan juru bahasa Cina dan Tamil kerana ada pengguna menghadapi masalah bahasa untuk mengisi maklumat diperlukan.

Ini katanya, melambatkan proses pengisian maklumat dalam sistem Padu sehingga menyebabkan kesesakan di sesetengah PEDi.

“Selain itu menggiatkan jalinan kerjasama antara beberapa PEDi di kawasan berhampiran susulan terdapat premis yang sesak dengan pengunjung dan memerlukan lebih ramai pekerja dan dengan ini proses pendaftaran akan lebih tersusun dan lancar,” katanya kepada pemberita di PEDi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan.

Beberapa PEDi di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post