
KOTA KINABALU: Ekonomi dan industri pelancongan Sabah hanya akan pulih secara signifikan selepas menerima kembali pengunjung antarabangsa, kata kumpulan pelancongan dan perniagaan yang menggesa sempadan negeri berkenaan dibuka semula.
Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah Winston Liaw, berkata pelancongan menjadi sektor terjejas teruk akibat wabak.
Sebelum wabak, kemasukan pelancong ke negeri itu banyak menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Sabah.
Lebih 90% tenaga kerja dalam industri pelancongan membabitkan rakyat Sabah, termasuk penduduk di kawasan luar bandar turut merasai limpahan manfaat itu, katanya.
“Namun, disebabkan Covid-19, segalanya terhenti. Memandangkan lebih 90% penduduk telah menerima vaksin lengkap, sudah tiba masanya Sabah membuka sempadan antarabangsa,” katanya dalam…