Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bukan ajaran Islam, kata Na’im berkait lelaki ditampar makan ketika Ramadan

today17 March 2025

Background


tampar di public
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek kejadian seorang lelaki didakwa ditampar kerana makan di sebuah kedai serbaneka di Johor Bahru semalam.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan seorang lelaki menampar individu bukan Muslim kerana makan ketika Ramadan di sebuah kedai serbaneka di Johor Bahru semalam tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar.

Na’im berkata orang Islam harus mengamalkan ‘tabayyun’ iaitu menyelidik sebelum bertindak dalam menjaga keharmonian masyarakat.

“Islam mengajar kita untuk bersikap sabar, berakhlak mulia, dan menghormati hak setiap individu, terutama dalam masyarakat berbilang kaum.

“Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengawal emosi dan menjaga hubungan sesama manusia,” katanya di Facebook.

Beliau juga menyeru semua umat Islam agar mengamalkan sikap sabar, berfikiran terbuka, dan menyelesaikan perbezaan dengan hikmah serta menggunakan saluran yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post