Site icon Hot FM

‘Bukan anti-Semenanjung’, kata Abang Jo berkait pengambilan khas guru


abang johari openg
Premier Abang Johari Openg berkata SPP janji kepada kerajaan negeri bahawa guru yang bakal dilantik berasal dari Sarawak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak menafikan bersikap ‘anti-Semenanjung’ dalam permintaan untuk anak Sarawak mengisi kekosongan guru di negeri itu.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata beliau hanya mahu mengelak senario guru bukan berasal dari Sarawak akan memohon untuk kembali ke Semenanjung selepas dua tahun berkhidmat di negeri itu, lapor Utusan Borneo.

Katanya, masalah kekurangan guru di Sarawak tidak akan dapat diselesaikan sekiranya guru yang bukan berasal dari negeri itu memohon untuk berpindah selepas beberapa tahun.

“Kita bukannya anti-Semenanjung tetapi kita berkehendakkan tenaga guru tempatan, supaya tidak perlu berpindah balik ke negeri asal.

“Kalau anak Sarawak, mereka tidak memohon berpindah, kalau ada pun perpindahan dalam negeri sahaja,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Pada Isnin lalu, didedahkan seramai 300…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version