
PETALING JAYA: Sebuah syarikat menjual herba tradisional Cina menafikan cuba meraih untung menggunakan gambar bekas ketua pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah untuk mempromosikan produknya.
Koong Woh Tong berkata, ia cuma menggunakan keratan akhbar yang melaporkan ubat herba berkenaan membantu dalam pemulihan pesakit Covid-19.
“Ini adalah petikan daripada sidang media terdahulu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kapasitinya sebagai ketua pengarah kesihatan,” menurut kenyataan syarikat.
Menurutnya, ia tidak pernah mengelirukan atau memperdaya orang ramai untuk mempercayai produk itu diendors Hisham atau sesiapa yang lain.
“Amat dikesali apabila keadaan meruncing seperti ini kerana bukan niat kami untuk meraih keuntungan komersial dengan menggunakan keratan serta artikel akhbar…