Ketua penerangan PKR itu memberi amaran agar mereka tidak mengamalkan budaya itu yang tidak pernah wujud dalam parti.

PETALING JAYA: Budaya meminta wang dan imbuhan apabila Pakatan Harapan (PH) kembali memimpin kerajaan bukan “DNA PKR”, kata Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga ketua penerangan parti itu, mendakwa sudah ada bibit ahli akar umbi parti itu mula menuntut habuan seumpama itu seperti berjuang untuk mendapatkan ‘ghanimah’ (harta perang).
Menteri komunikasi dan multimedia itu, juga memberi amaran kepada mereka agar tidak mengamalkan budaya itu kerana ia tidak pernah wujud dalam sejarah dan identiti PKR selama ini.
Tegasnya, amalan itu juga berisiko merosakkan parti jika tidak dihentikan segera dan dibiarkan menjadi satu kebiasaan.
“Kita tak berjuang untuk jawatan, kita tak berjuang untuk ‘ghanimah’ (harta perang)….
