
PETALING JAYA: Bukan wang tetapi kotak minuman diberikan kepada dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) seperti video tular di TikTok, kata Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati anggota itu menerima kotak minuman diberikan dua lelaki tempatan yang juga pemilik kilang di sebuah kawasan perindustrian di Kulai pada 3 Sept lalu.
Ketika kejadian, katanya, anggota itu sedang meronda dan berhenti di depan sebuah kilang kerana ada orang ramai berkumpul bagi perayaan “Hantu Lapar” yang diraikan masyarakat Cina.
“Polis buka kertas siasatan selepas laporan dibuat dua anggota MPV dan lelaki di dalam video yang juga pemilik kilang tersebut pada Rabu.
“MPV berhenti di depan kilang itu kerana ada orang ramai dan tanya jika ada sebarang masalah. Tindakan anggota itu tidak keluar dari MPV turut dipersoalkan dan menimbulkan persoalan…