Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bukan Gimik Promosi Lagu! Adib Selesa Berteman Rapat Dengan Iman Troye

today7 August 2024

Background
adib hot fm

Pempengaruh, Adib Banana Dibs mengaku selesa dan sedang berkawan rapat bersama penyanyi, Iman Troye.

Ketika ditemui XTRA, Adib yang pernah terkenal dengan trademark ‘biasa maksudnya’ ini mula mengenali Iman sejak tahun lalu.

“Saya dan Iman berkawan rapat, kami dah kenal lama sejak tahun lalu.. Kami saling menyokong antara satu sama lain.

“Dulu saya kongsi pasal kerjaya saya, Iman bagi sokongan. Jadi samalah sekarang ini saya menyokong kerjaya dia pula,” katanya.

Sementara itu, Adib atau nama lengkapnya Adib Aidil, 25 berkata pelantun lagu popular Teman itu seorang yang sangat baik dan lemah lembut.

Malah, Adib turut menyangkal dakwaan kemesraan mereka adalah sekadar gimik semata-mata dalam mempromosikan lagu baharu Iman.

“Saya tak pasti tentang gimik itu sebab tak ada perbualan macam tu dengan Iman..

“Kami okay sahaja berkawan rapat.  Iman seorang yang sangat baik, lemah lembut. Saya selesa dengan dia jadi seronok.

“‘Chemistry’ yang terbina antara kami itu bukan dibuat-buat. Saya seorang yang pemalu tetapi bila saya jumpa dia automatik jadi banyak cakap, memang ‘gila-gila’ dengan dia,” katanya.

Adib berkata demikian ketika ditemui di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 di ibu kota, Jumaat lalu.

Tidak kisah apabila ramai yang ‘mengkenenkan’ mereka, Adib bagaimanapun enggan meletakkan harapan tinggi dalam hubungan mereka yang baharu terjalin dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Saya tak pasti macam mana kami kenal, mungkin daripada mutual friends. Cuma tahun lepas kami mula ‘follow’ media sosial masing-masing.

“Nak kata lebih tu belum boleh lagi, saya tak boleh janjikan apa-apa. Minta orang doakan yang terbaik.

“Terima kasih yang mendoakan. Tetapi macam saya cakap tadi saya tak boleh nak janjikan apa-apa. Boleh dikatakan saya dan Iman masih berkawan rapat, mengenali hati budi di fasa awal,” katanya lagi.

@xtra_my

Replying to @ISHAK | MIH CREATive 🇵🇸 Korang approve tak? Hehe #fyp #xtra #adibbanana #imantroye #kawan #cinta #gimik #beritatiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Mesra, Iman Troye Bercinta Dengan Adib Banana Dibs?

Written by: Aqilah