
PETALING JAYA: PAS perlu mempunyai lebih daripada seorang calon perdana menteri untuk meningkatkan keyakinan ramai, namun penganalisis berpendapat ia tidak harus tertumpu kepada golongan teknokrat semata-mata.
Nur Ayuni Mohd Isa dari Universiti Putra Malaysia berkata tidak dinafikan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi pilihan ketika ini kerana latar belakangnya sebagai pakar aeroangkasa selain dikatakan berjaya menjalankan tugas menteri besar Terengganu.
Namun, menurut Nur Ayuni pemilihan calon perdana menteri dari parti itu juga perlu mengimbangi golongan profesional dan ulama.
“Rakyat Malaysia lebih yakin jika pemimpin terdiri daripada kumpulan profesional berbanding golongan agama.
“Bagi PAS sesiapapun calon PM, ideologi parti itu masih perlu dibawa,” katanya kepada FMT mengulas kenyataan Mas…