Menerusi video di akaun TikTok @kpdnmelaka, pada awalnya pihak berkuasa hanya bertanyakan kepada seorang pekerja yang warga Rohingya mengenai minyak masak paket yang dijumpai dalam premis tersebut.
Namun, hasil daripada siasatan ke atas premis berkenaan telah menemui lebih banyak minyak masak paket yang telah disorokkan.
Bagaimanapun, pekerja terbabit menafikan kedai itu menggunakan minyak masak berkenaan. Dia juga dilihat cuba untuk ‘menukar topik’ apabila ditanya mengenai pemilik kedai.
Bukan itu saja, kedai tersebut didapati tidak menjaga kebersihan dengan baik apabila meletakkan bahan makanan ditempat yang tidak sesuai.
Malah, pihak berkuasa mendakwa telah menjumpai tangkal yang telah diletakkan di atas tiang kedai terbabit.
Operasi itu turut disertai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem dan Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.