
SEREMBAN: Isteri Isa Samad, Bibi Sharliza Khalid yakin kes rasuah suaminya di mahkamah tidak memberi kesan kepada kempennya di DUN Juasseh.
Beliau berkata, ini kerana bukan suaminya yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan bertanding DUN itu.
“Saya yang bertanding, bukan Tan Sri (Isa). Kenapa nak beri kesan kepada kempen pula. Kalau Tan Sri calon tidak apalah,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Calon BN PRN Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Bibi berharap lawannya di Juasseh, Eddin Syazlee Shith yang dicalonkan Perikatan Nasional (PN) semalam tidak menyerangnya dengan menggunakan isu peribadi seperti kes Isa.
“Kamu serang peribadi saya…saya juga boleh serang peribadi kamu. Kita tahu ‘performance’ (Eddin) macam mana di Kuala Pilah sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, Isa akan turun membantu kempennya di DUN Juasseh.
Pada 26 Jun lalu, pendengaran rayuan Isa terhadap…