
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad menafikan dakwaan Rafizi Ramli yang isterinya terbabit dalam penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS).
“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Latiff berkata, sebagai anggota Kabinet, beliau bersedia memberikan kerjasama
penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya.
BERITA LANJUT MENYUSUL