
KUALA LUMPUR: Sebuah gerakan yang menggalakkan pemboikotan terhadap kepentingan Israel menafikan ia memulakan kempen memboikot restoran McDonald’s di negara ini, sebaliknya mendakwa tindakan itu dimulakan rakyat Malaysia.
Pengerusi BDS Malaysia, Nazari Ismail berkata kumpulan itu sekadar menyokong usaha rakyat memboikot McDonald’s Malaysia.
“Kita tak buat kempen (gesa boikot McDonald’s Malaysia)…Kita tak mulakan, tapi kita menyokong usaha tersebut. Bukan kita mulakan, tapi kita tak bangkang,” katanya dalam himpunan solidariti Palestin enam hari di luar Kedutaan Amerika Syarikat di sini.
Beliau berkata, McDonald’s Malaysia menyaman gerakan itu atas alasan “kita menghasut rakyat (untuk boikot) dan memfitnah dia”, sedangkan ia sekadar “endorse dan menyokong keputusan rakyat untuk memboikot McDonald’s Malaysia”.
BDS Malaysia entiti bebas terdiri daripada badan bukan kerajaan,…