Hot FM

Bukan lagi ‘tukang’, TVET kini lahirkan teknokrat gaji tinggi


TVET menawarkan pendapatan lumayan tertumpu kepada kemahiran tinggi seperti pengimpalan bawah laut dan sektor semikonduktor yang berkembang pesat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kini muncul sebagai platform melahirkan teknokrat berpendapatan tinggi bagi mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Langkah itu dilihat sebagai anjakan strategik memacu daya saing negara menerusi penguasaan teknologi tinggi dan inovasi graduan tempatan bagi menjadikan Malaysia hab industri bernilai tinggi.

Presiden Persatuan Sains Teknologi dan Inovasi (Asti), Yunus Yasin, berkata keberkesanan TVET bergantung kepada sejauh mana unsur sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dikaitkan dalam kurikulum sedia ada.

Yunus Yasin.

“Sebenarnya, TVET secara sendirinya sudah mempunyai unsur STEM di dalamnya. Jika kurikulum tersebut wajar dan cara pengajaran sesuai, sudah tentu graduan baharu boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version