
PETALING JAYA: Polis menafikan seorang pemandu kereta yang terbabas hingga melanggar sebuah kuil di Tanjung Rambutan, Ipoh memandu dalam keadaan mabuk seperti dakwaan tular di media sosial.
Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris, berkata lelaki 41 tahun itu mengalami gejala hipoglisemia yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri ketika kejadian.
Menurutnya, laporan perubatan mengesahkan penjawat awam itu mempunyai rekod pesakit kencing manis.
“Semasa kejadian, pemandu terbabit dalam perjalanan dari arah Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan menghala Changkat Kinding dan sebaik melepasi lampu isyarat, tiba-tiba dia tidak sedarkan diri.
“Keadaan itu mengakibatkan kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas memasuki kuil, sebelum melanggar tiang kuil,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, polis menerima laporan 8.36 pagi tadi dan tiada mangsa cedera.
“Kes disiasat…
