
PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi dan automotif tidak teruja dengan ‘komitmen’ kerajaan dalam memastikan pemilikan kenderaan elektrik (EV) tersedia menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan.
Nazari Ismail dan Hezeri Samsuri senada mengatakan sekarang bukan masa sesuai untuk membangunkan ekosistem EV kerana keperluan lain seperti pendidikan, kesihatan, dan kemudahan asas lebih mendesak.
Nazari dari Universiti Malaya risau kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam sektor yang sangat penting “semata-mata untuk memastikan ramai memiliki EV”.
“Ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dalam jangka panjang,” kata pakar ekonomi itu kepada FMT.
Mengingatkan hutang kerajaan mencecah RM1.5 trilion di samping pelbagai subsidi yang ditanggung kerajaan, Nazari percaya tumpuan lebih wajar ditujukan kepada mengembangkan sistem…