Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada awal bulan April lalu, Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa mengumumkan keadaan darurat setelah ratusan orang cuba menyerbu kediamannya di tengah-tengah krisis ekonomi yang melanda negara tersebut.
Difahamkan penunjuk perasaan di negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu membantah pencatuan elektrik selama 13 jam oleh pihak kerajaan. Pada ketika itu, kejadian menjadi buruk apabila penunjuk perasaan merobohkan tembok, membaling batu dan membakar sebuah bas di hadapan kediaman Rajapaksa.
Baru-baru ini tular satu video menerusi satu ciapan Twitter di mana pelbagai jenis kenderaan mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Bentley, Merdeces-Benz dan limosin terbakar semasa rakyat negara itu melakukan tunjuk perasaan.
Sri Lanka PM Rajapaksa’s sons had Rolls Royce, Lamborghini, Ferrari, Mclaren etc. See what happened to them yesterday.. pic.twitter.com/aPZr10XNCN
— JSP🏴🇲🇾🏴…