Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Bukan rezeki kami’ kata Izzuddin selepas hasrat Malaysia tak kesampaian

today4 May 2024

Background


(Gambar Bernama)

CHENGDU: Pahit untuk ditelan oleh beregu kedua negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang terlepas peluang menghidupkan semula harapan negara untuk mara ke final Piala Thomas 2024 selepas tewas 1-3 kepada China di separuh akhir.

Walaupun memberikan yang terbaik dalam aksi di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone itu, namun Nur Izzuddin mengakui bahawa hari ini bukan hari mereka.

“Bukan rezeki kami nak menang, kami perlu bincang kembali dengan jurulatih untuk melihat apa yang kurang,” katanya kepada pemberita.

Sze Fei pula mengakui masih banyak perlu diperbaiki dalam permainan mereka berikutan kekalahan memeritkan kepada tuan rumah, yang akhirnya usaha menamatkan kemarau 32 tahun Malaysia untuk menjulang trofi berprestij itu tidak kesampaian.

Selepas Malaysia ketinggalan 1-2 kepada China, Sze Fei-Nur Izzuddin menjadi sandaran untuk menyelamatkan keadaan sekali gus menghidupkan peluang negara untuk mencipta sejarah.

Walaupun beregu di ranking ke-15 dunia itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Skuad hoki negara persiakan peluang

Ipoh: Skuad hoki negara mensia-siakan peluang untuk meraih tiga mata penuh pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah apabila tewas 4-5 di tangan Pakistan meskipun pada satu ketika berpeluang untuk mencatatkan kemenangan.

today4 May 2024