Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Bukan Sebab Kaki Saya Cedera, Ini Kes Yang Lebih Berat” – Kenapa Nur Fazura Buat Laporan Polis?

today1 August 2022

Background

Pelakon jelita yang bergelar usahawan, Nur Fazura mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya selepas memuat naik sekeping foto berada di Balai Polis.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Fazura mengucapkan terima kasih atas kerjasama terbaik yang diberikan daripada pihak polis.

Aktres Pisau Cukur itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai laporan yang dibuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sebelum ini, Fazura ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story memaparkan keadaan kakinya cedera sehingga dibalut.

Susulan itu, ramai dalam kalangan pengikutnya yang menganggap itu adalah punca mengapa Fazura membuat laporan polis.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Fazura berkata tujuan laporan polis itu dibuat adalah untuk masalah yang lebih berat dan kecederannya itu adalah disebabkan terlanggar besi lampu.

“Sedikit pencerahan sebab ramai ingat ni (laporan polis) sebab kaki Faz yang cedera terlanggar besi lampu, tapi bukan tau.

“Ini kes yang lebih berat. Kita serah pada kehadrat ALlah SWT dan kepada @pdrmasia_official,” tulisnya di Instagram Story miliknya.

Tinjauan di ruangan komen tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa khuatir terhadap selebriti kegemaran mereka itu.

 

Written by: Salma


Previous post