Kalau korang fikir lada itu cuma sekadar penambah rasa dalam masakan, korang silap besar. Dari dapur ke dunia kecantikan, dari meja makan ke produk aromaterapi, lada Malaysia kini muncul dengan imej yang jauh lebih segar, bergaya dan penuh potensi.
Lada yang dimaksudkan bukan cili, tetapi merujuk kepada ‘Piper Nigrum‘, yang pada suatu ketika pernah dikenali sebagai ‘Emas Hitam’ (Black Gold).Â


Itulah yang cuba diketengahkan dalam Program Kempen Penggunaan Lada Malaysia 2025 yang berlangsung di IOI Mall Kulai baru-baru ni.
Meriah gila dengan kehadiran lebih 36 pempamer, pelancaran produk-produk viral dan aktiviti menarik sepanjang hari. Targetnya? Nak tarik perhatian 5,000 pengunjung untuk kenal dan bangga dengan lada tempatan kita.
Sambal sayur lada sudah biasa, tapi aiskrim lada hitam? Itu baharu luar biasa. Para usahawan dari seluruh negara, terutamanya dari wilayah selatan, mempamerkan inovasi produk lada yang tak pernah kita jangka….