
PETALING JAYA: Meskipun dihambat arus pemodenan, pelajar daripada pelbagai etnik yang bernaung bawah kelab kebudayaan tarian SMK Sultan Abdul Samad di sini tetap bersemangat menyemarakkan kebudayaan tradisional agar tidak ditelan zaman.
Malah kelab yang ditubuhkan pada 2008 itu turut mengharumkan nama sekolah dan negara dengan mengecap pelbagai kejayaan. Paling membanggakan, mereka merangkul enam anugerah pada Kejohanan Antarabangsa Tarian Terbuka Amsterdam 2019 di Belanda.
Menurut guru penyelianya Nadia Noorul Amin, kelabnya menyertai pertandingan sejak 2011, bermula pada peringkat daerah, kemudiannya ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, membawa beberapa ahlinya menjelajah bumi Eropah.
“Saya rasa bangga kerana sebuah kelab kecil di sekolah yang kokurikulumnya biasa sahaja, tetapi…