Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menjalankan tugasnya untuk menghantar parcel ke rumah pelanggan.
Apa yang mengejutkan adalah apabila dia digigit angsa besar di depan halaman rumah itu. Dengan muka yang relaks, dia terpaksa menahan ketakutan. Namun, angsa itu kelihatan sudah ‘melekat’ di seluar bahagian belakangnya seperti tidak mahu lepas.
Sebaik saja angsa itu melepaskan gigitannya, dia dilihat lari ke dalam kereta tetapi masih juga dikejar oleh angsa itu.