Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) akan mencari jalan terbaik memperbaiki isu ketirisan dan pembaziran dana kerajaan.

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) akan mencari jalan terbaik memperbaiki ketirisan dan pembaziran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), bukannya menyiasat mana-mana pihak.
Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata STAR akan meneliti laporan itu supaya segala ketirisan dan pembaziran dana kerajaan tidak berulang pada masa akan datang.
“Kita akan teliti bersama, bukan siasat. Kita akan cari jalan untuk perbaiki supaya jadi panduan di masa akan datang, supaya tidak mahu perkara itu berulang,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Hari Terbuka Putrajaya 2023.
Sementara itu, berhubung perincian fungsi STAR Zuki berkata ia akan…