Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Bukan Suruh Cari Ustaz Sebagai Bakal Suami, Tapi Solat Itu Tiang Agama” – Ika Nabella

today19 September 2024

Background

Usahawan dan pelakon, Ika Nabella memberi pesanan kepada wanita di luar sana untuk mencari calon suami yang menjaga solat.

Malah, Ika turut berpendapat bahawa menunaikan ibadah solat adalah sebuah perkara asas dan wajib terutamanya sebagai beragama Islam.

“Ada terbaca status seorang perempuan ni tanya ‘Kalau pasangan tak solat, ok ke?’ Tak ok. Redflag! Jangan kahwin dengan dia, minta putus.

“It’s bare minimum girls. Tak perlu nak cari ustaz atau berangan nak persis Rasulullah SAW ke tidak. Kita pun bukan Saidatina Khadijah.

“Tetapi sekarang kita tengah bercakap mengenai solat iaitu tiang agama. Kalau saya ada adik perempuan, itu yang saya akan pesan dulu,” tulisnya.

Ika Nabella

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut memberi pendapat sama dan bersetuju dengan kenyataan Ika itu.

Ika Nabella

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Gergasi Merah ikat Muangthong

Kuala Lumpur: Selangor FC membawa pulang satu mata selepas mengikat Muangthong United 1-1 dalam aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.

today19 September 2024