Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata sayangnya kepada PKR tidak akan sesekali menghalangnya daripada bersuara menentang kesilapan dilakukan kerajaan pimpinan PH.

JOHOR BAHRU: Hassan Karim, Ahli Parlimen PKR yang lantang bersuara, menyuarakan pandangan jujurnya mengenai kerajaan Anwar Ibrahim meresahkan beberapa pemimpin parti.
Ada antara pemimpin yang menghantar mesej kepadanya “menyatakan saya perlu lebih mengawal diri kerana PKR kini adalah kerajaan”.
Bagaimanapun, beliau memberitahu FMT: “Sejauh mana saya memahami kebimbangan mereka, sukar untuk saya menahan diri atas perkara membabitkan prinsip. Kita memerlukan kejujuran politik.”
Hassan, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, adalah antara penyokong kerajaan perpaduan yang lantang.
Beliau juga telah menjelaskan bahawa penggal ini adalah adalah penggal terakhir beliau…