
PETALING JAYA: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan penyebaran maklumat di media sosial yang didakwa fakta siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis juga akan berhubung dengan SKMM untuk menurunkan kandungan berkenaan yang dikesan dimuat naik ke satu akaun Telegram.
“Saya ingin katakan sekali lagi, segala perkara membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak rasmi.
“Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri,” katanya menurut Berita Harian.
Shuhaily berkata, polis juga akan menjalankan siasatan sehingga ke akar umbi untuk mengenal pasti…