Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bukit Aman tahan pegawai kanan bersekedudukan dengan wanita bukan mahram

today10 October 2024

Background


handcuff
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Azri Ahmad berkata siasatan membabitkan penahanan pegawai terbabit dan seorang wanita masih berjalan. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Bukit Aman mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan polis yang didakwa bersekedudukan dengan seorang wanita yang tidak mempunyai ikatan sah dengannya di Cheras, semalam.

Harian Metro melaporkan pegawai bertugas di Perak itu ditahan cawangan risikan operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira 1.40 pagi semalam.

Pengarah JIPS Azri Ahmad mengesahkan penahanan itu dan siasatan masih berjalan.

“Saya sahkan pegawai berkenaan ditahan bersama wanita tiada ikatan sah dengan dirinya.

“Penahanan itu dibuat selepas kita (JIPS) menerima maklumat adanya aktiviti bersekedudukan berlaku membabitkan warga polis,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post