
PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang ditangkap di Laos berkait kes dadah tidak akan diekstradisi ke Malaysia kerana tiada waran tangkap terhadapnya di negara itu, kata seorang pegawai polis Thailand.
Setiausaha Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) Phanurat Lukboon berkata sebaliknya lelaki itu telah diusir ke Thailand dan akan berdepan dakwaan atas tuduhan pengedaran dadah.
“Dia tidak akan diekstradisi ke Malaysia kerana tiada ada waran tangkap terhadapnya di sana. Bagaimanapun, polis Malaysia akan menyoal siasat suspek di Bangkok untuk mengumpul maklumat yang boleh membawa kepada penyitaan hartanya di Malaysia bernilai 4 bilion baht (kira-kira RM530 juta),” katanya menurut Bernama.
Katanya, lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu ditangkap pada 28 Dis lalu di…
