
Kawasan ikonik Bukit Bintang malam ini dilimpahi cahaya berwarna-warni menerusi pelancaran projek inovasi pencahayaan ke arah kelestarian bandar ‘I LITE U’, sekali gus memeriahkan suasana malam ibu kota menerusi paparan pencahayaan moden dan lestari.
Majlis pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Anugerah Oscar Michelle Yeoh.
Acara itu menyaksikan Yeoh menyerahkan ‘lumnious sphere’ kepada Anwar sebagai simbolik gimik pelancaran, sebelum perdana menteri dan tetamu kehormat menyaksikan persembahan dan perarakan di pekarangan Pavillion Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis itu ialah barisan jemaah menteri dan tetamu kenamaan antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)…