Lebih 200 individu hadir ke pusat derma darah di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk menderma darah bagi membantu pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terselamat daripada nahas bas di Gerik, Perak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pensyarah UPSI Sebak Ketika Kuliah – ‘Dua Pelajar Meninggal Dunia’
Lebih 200 individu hadir

Menerusi perkongsian @perakpress di aplikasi Threads, dapat dilihat ruangan pusat menderma darah itu dipenuhi dengan orang awam yang mahu mendermakan darah mereka bagi memudahkan semua urusan mangsa terlibat.
Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang menderma darah di Pusat derma darah HRPB Ipoh, hari ini (Selasa) demi membantu pesakit-pesakit yang terlibat dalam kemalangan bas UPSI serta mereka yang memerlukan.
Jumlah penderma kini telah melebihi 200 orang.
Komen netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan…
