
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu membuktikan janji memerangi rasuah dan menunjukkan keputusan dalam tempoh setahun melalui indeks persepsi rasuah (CPI), kata veteran DAP Lim Kit Siang.
Sedia maklum langkah itu terlalu lewat bagi Anwar untuk meningkatkan kedudukan CPI Malaysia, pada 2022, Lim berkata, perdana menteri tidak akan “mempunyai alasan” lagi sekiranya gagal menambah baik ranking negara tahun ini.
“Ini adalah perkara penting di mana Malaysia mengalami kemerosotan teruk selepas enam dekad, dengan Malaysia jatuh kedudukan separuh teratas dunia kepada menjadi negara terkebelakang di Asia.
Lim merujuk kepada negara Asia seperti Indonesia, China dan India yang menambah baik ranking dalam CPI, manakala Malaysia semakin merudum, sejak akhir-akhir…