
KUALA LUMPUR: Seorang profesor sains politik mengakui di Mahkamah Tinggi semalam bahawa buku ditulis Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan diterbitkan lebih 10 tahun lalu tidak pernah diharamkan kerajaan.
Dalam pemeriksaan balas, Kamarul Zaman Yusoff yang juga pensyarah kanan pengajian antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata beliau membeli buku Yeoh, ‘Becoming Hannah, A Personal Journey’, di Kinokuniya pada 2017.
Ketika memberi keterangan dalam saman libel dikemukakan Yeoh berkait dua hantaran Facebook diterbitkan pada Mei tahun sama, Kamarul mengakui membuat dua hantaran itu dan bersetuju ia merujuk Yeoh, yang juga Ahli Parlimen Segambut.
Beliau turut bersetuju hantaran melabel Yeoh “hipokrit” dan “gambaran yang diberikan melalui buku ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan…