
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Bersatu meminta Pengerusi DAP Lim Guan Eng turut mengambil tindakan terhadap Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengaitkan beberapa pemimpin parti itu dengan Ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng.
Sebelum ini, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu menyaman Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad daripada PAS berhubung isu berkenaan. Beliau juga disiasat polis membabitkan kesalahan agama, bangsa dan institusi diraja (3R).
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan daripada Bersatu mendakwa pada PRU15 BN telah menerbitkan bahan kempen yang mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan Chin Peng selain bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Sehubungan itu, beliau meminta Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadap BN jika mahu membersihkan nama parti itu.
“Jangan ambil undang-undang terpilih.
“Ambil tindakan pada yang…